Tayangan Filem Hati Melaya dan Kuiz Kemerdekaan

18 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos 2018 , Pusat Internet Kampung Padang Besar Selatan telah mengadakan satu tayangan filem kemerdekaan. Aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada golongan anak-anak muda tentang sejarah Malaysia serta menanam sifat patriotism dalam diri masing-masing.

Aktiviti dimulakan dengan tayangan video filem Hati Melaya kepada peserta. Kemudian peserta dikehendaki membuat kumpulan secara berpasangan dan diberi tugasan membuat rumusan mengikut kefahaman mereka mengenai filem tersebut dan melakonkan watak secara “ role play”. Kemudian peserta di berikan soalan kuiz tentang filem Kemerdekaan tersebut.

Selain itu, melalui aktiviti ini juga dapat mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan dapat mengasah tahap pemikiran para peserta dan mewujudkan satu daya saing secara sihat. Selain itu aktiviti ini dapat memberi pengetahuan tentang kemerdekaan negara dan dapat meningkatkan jati diri peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali